Syamim Dan Christie Pulang Ke Felda

Bekas pemain Pahang, Christie Jayaseelan dan Syamim Yahyah telah sah menyertai semula pasukan Felda United bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Perkara ini disahkan oleh Christie yang menyatakan bahawa keputusan beliau untuk kembali menyarung jersi Felda United adalah kerana mahu bermain di bawah bimbingan jurulatih yang sudah menaikkan nama beliau iaitu B.Sathianathan. Christie menyertai seorang lagi bekas pemain Pahang, Ahmad Syamim Yahya yang turut menyertai semula Felda United.

Ketika mewakili Pahang pada musim 2017, Christie jarang bermain di kesebelasan utama jika dibandingkan dengan Syamim. Pasukan Pahang pada musim lalu mempunyai pemain sayap yang baik antaranya Muhamadou Sumareh, Joseph Kalang Tie, Wan Zaharulnizam serta Christie Jayaseelan sendiri.

Syamim pula menjadi nadi utama di bahagian tengah pasukan Pahang musim lalu. Gandingan beliau bersama Kiko Insa atau Nor Azam Azih berjaya membantu pasukan Pahang menamatkan saingan Liga Super musim 2017 ditangga kedua. Selain itu, Pahang juga mara ke perlawanan akhir Piala FA sebelum tewas di tangan pasukan Kedah.

Christie Jayaseelan dan Syamim Yahya sudah pasti mahu membantu Felda United untuk menjuarai Liga Perdana dan seterusnya mara ke saingan Liga Super. Dengan skuad yang sedia ada dan penambahan pemain, tidak mustahil Felda mampu untuk menjadi juara Liga Perdana musim hadapan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *