Syazwan Zainon Sertai Merah Kuning Dari Hijau Kuning
- Liga Super
- Nov 8, 2018
- No comment
Pasukan Selangor mengorak langkah awal dalam usaha untuk memperkemaskan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila membawa masuk pemain sayap Kedah, Syazwan Zainon atau yang lebih mesra dengan penggilan Wan Kapet.
Meskipun masih lagi belum pasti siapa yang bakal menjadi ketua jurulatih pasukan, namun perkara itu tidak menghalang Selangor untuk membawa masuk pemain.
Perkara ini diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menerusi media sosial Facebook mereka pada semalam.
SYAZWAN ZAINON ANGGOTA KELUARGA TERBARU SKUAD MERAH KUNINGSuka cita diumumkan bahawa Syazwan Zainon kini sah bergelar…
Posted by FA Selangor on Wednesday, 7 November 2018
“Syazwan Zainon anggota keluarga terbaru skuad Merah Kuning.
“Sukacita diumumkan bahawa Syazwan Zainon kini sah bergelar pemain Selangor untuk musim 2019,” menurutbFAS dalam kenyataan mereka.
Dikhabarkan pemain yang sedang beraksi bersama pasukan kebangsaan ketika ini sudah menandatangani kontrak dengan Selangor sebelum berlepas ke Phnom Penh bagi mengharungi aksi pertama Piala AFF 2018 bertemu Kemboja, malam ini.
Sejak beraksi buat pasukan Kedah pada 2014, Wan Kapet berjaya membantu skuad Hijau Kuning merangkul gelaran Liga Perdana 2015, Piala Malaysia 2016, Piala Sumbangsih 2017 serta Piala FA 2017.
Ketibaan Syazwan Zainon bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Azamuddin Akil yang kontraknya tidak disambung bagi menghadapi saingan musim hadapan.
Syazwan bakal bersaing dengan pemain muda pasukan yang menyerlah dalam saingan Liga M musim ini seperti Sean Eugene Selvaraj, Shahrul Igwan Shamsuddin dan juga D.Kugan.
Selain bersaing dengan pemain tempatan, Syazwan juga bakal menghadapi saingan daripada pemain import, Ilham Udin Armayn sekiranya pemain dari Indonesia ini dikekalkan.
Apa pendapat anda mengenai Syazwan Zainon yang menyertai pasukan Selangor bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan? Mampukah pengalaman yang dimiliki oleh Syazwan membantu Gergasi merah untuk bangun dari tidur panjang mereka sekaligus memenangi kejuaraan musim hadapan?
Baca Juga: Kiatisuk Senamuang Tak “Available”