Tak Patut Beri Respon Sebegitu
- Harimau Malaya
- Mar 23, 2018
- No comment
Keputusan seri yang diperoleh oleh skuad kebangsaan ketika seri 2-2 dengan pasukan Mongolia semalam memang tidak dapat diterima oleh sesetengah peminat bola sepak Malaysia. Macam-macam yang dipersoalkan oleh mereka. Dari segi komitmen, semangat serta kebolehan para pemain. Tapi, ada satu pemain yang memberikan respon yang menurut kami tak patut. Anda mahu tahu siapa ?
Penjaga gol yang diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan semalam, Haziq Nadzli memberikan respon yang penulis anggap sedikit keterlaluan. Nah penulis bagi anda semua baca.
Sumber Gambar: Twitter
Haziq memberi tindak balas kepada kritikan pedas terhadap beliau dengan mahu memberikan sarung tangan dan juga kasut bola beliau kepada sesiapa yang mahu menggantikan beliau sebagai penjaga gol negara. Ini adalah satu reaksi yang sangat tidak profesional daripada seorang pemain yang tugasnya adalah bermain bola sepak!
Sudah menjadi lumrah dalam dunia bola sepak jika anda tidak beraksi dengan baik dalam sesuatu perlawanan, anda akan menerima kritikan daripada peminat. Peminat juga berhak mengkritik anda kerana anda dibayar puluhan bahkan ratusan ribu ringgit untuk bermain bola sepak dengan baik. Kerana tanpa peminat, siapalah anda saat ini. Jadi, jika anda hendak memberi reaksi, biarlah yang rasional dan profesional!
Tambahan pula, anda sebagai pemain profesional juga seharusnya mengambil kritikan tersebut sebagai pengajaran agar perkara tersebut tidak berulang lagi pada perlawanan akan datang. Dan kalau boleh, anda meminta maaf kepada para penyokong yang sanggup meredah jammed, tidak mempedulikan penat lelah bekerja serta mengeluarkan wang saku sendiri sebanyak RM30 hanya untuk melihat anda bermain.
Penulis berharap Haziq Nadzli akan berkelakuan lebih matang dalam memberikan reaksi di media sosial selepas ini. Ini kerana beliau merupakan pemain profesional yang akan menjadi perhatian peminat. Mungkin beliau boleh meminta nasihat daripada Khairul Fahmi Che Mat dan Nasril Nourdin mengenai macam mana nak beri respon yang positif walaupun dikritik oleh peminat bola sepak tanah air.
Baca Juga: Berikan Peluang Untuk Pemain Muda Menynar!