“Tan Cheng Hoe, Anda Harus Berani!” Shebby Singh
- Harimau Malaya
- May 31, 2018
- No comment
Bekas pemain kebangsaan, Shebby Singh menggesa ketua jurulatih pasukan senior negara, Tan heng Hoe untuk lebih berani dalam membentuk pasukan baru dan menggunakan pendekatan yang berbeza bagi mempersiapkan pasukan untuk menghadapi Piala AFF 2018 November ini.
Kata Shebby, pemain negara yan tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama dalam pasukan negeri atapun kelab bukan perkara baru dan ini sedikit sebanyak menyumbang kepada prestasi tidak menentu skuad kebangsaan.
Jadi, untuk mengatasi masalah ini, Shebby berpendapat Tan Cheng Hoe boleh memberikan jadual latihan yang berbeza bagi memastikan pemain yang dipanggil dapat mengekalkan kecergasan.
Selain jadual latihan yang berbeza, Shebby juga menggesa supaya pasukan negara untuk menjalani perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan.
Sebelum ini, Tan Cheng Hoe sedikit risau dengan prestasi pemain tempatan yang tidak mendapat tempat dalam pasukan negeri atau kelab masing-masing. Mereka dilihat tenggelam kerana adanya kelibat pemain import dalam pasukan.
Terutamanya di bahagian serangan apabila setakat ini, hanya Safawi Rasid, Shahrel Fikri Fauzi dan Akhyar Rashid sahaja yang berjaya tampil secara konsisten dalam kesebelasan pasukan masing-masing. Pemain serangan lain seperti Hazwan Bakri dan Darren Lok sudah hilang bagaikan ditelan zaman.
Di bawah kendalian Tan Cheng Hoe, kita dapat melihat satu pasukan Malaysia yang berbeza berbanding sebelum ini dimana ramai pemain muda diberi peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama pasukan.
Penulis berpendapat Tan Cheng Hoe boleh mengekalkan corak sebegini apabila Malaysia akan bertanding dalam temasya Piala AFF pada November ini. Ini adalah waktu dimana pemain muda harus diberi peluang untuk menggalas cabaran pasukan negara di pentas antarabangsa.
Apa pendapat anda mengenai gesaan Shebby Singh yang mahukan ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk lebih berani dalam membentuk satu pasukan baru bagi menghadapi cabaran dalam temasya Piala AFF yang akan diadakan November ini ?
Apa yang perlu dilakukan oleh Tan Cheng Hoe untuk menambah baik mutu permainan skuad kebangsaan ?
Baca Juga: Skuad Kebangsaan Kali Ini Lebih Meyakinkan