Tan Cheng Hoe Tak Peduli Kritikan Bakri Ibni

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe tidak mengambil peduli dengan kritikan yang dilemparkan oleh bekas pemain skuad kebangsaan, Bakri Ibni mengenai corak permainan yang digunakan oleh Cheng Hoe pada perlawanan menentang Vietnam Jumaat lalu.

Bagi Cheng Hoe, setiap jurulatih mempunyai cara dan gaya permainan sendiri dan mereka tahu apa yang terbaik bagi pasukan.

“Setiap jurulatih ada cara dan gaya permainan sendiri dan saya tahu apa yang terbaik untuk pasukan kita”.

“Keutamaan dalam bola sepak adalah penguasaan perlawanan, kerana di situlah disiplin bertahan yang terbaik di mana kita boleh menyimpan bola lama daripada membenarkan pasukan lawan merampasnya.

“Dia (Bakri) nak cakap apa cakaplah. Setiap jurulatih ada cara dan permainan yang mahu dipraktikkan.

“Saya rasa pemain sudah boleh terima dan faham falsafah yang kita terapkan, cuma sebab hilang fokus menyebabkan gawang pasukan dibolosi,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Sebelum ini, Bakri Ibni yang pernah membantu Harimau Malaya mara ke Sukan Olimpik 1980 itu mempersoalkan taktikal yang digunakan oleh Tan Cheng Hoe pada perlawanan menentang Vietnam dimana pasukan negara masih menekankan aspek menyerang daripada menggunakan strategi bertahan ketika Malaysia hanya hadir selaku pasukan pelawat di Hanoi.

Pada perlawanan Jumaat lalu, pasukan Vietnam banyak bertahan dan membiarkan barisan serangan negara untuk menyerang kubu pertahanan mereka sekaligus menghadapkan serangan balas bagi mencari jaringan.

“Secara keseluruhan, kita bermain bagus dan ada peningkatan daripada dua perlawanan terdahulu ketika menang dengan Kemboja (1-0) dan Laos (3-1).

“Cuma kita main dengan pasukan yang lebih bagus. Sebab itu apabila kita hilang fokus, mereka akan gunakan peluang yang diraih untuk menghukum kita,” kata Bakri Ibni.

Tan Cheng Hoe memberikan tempoh rehat untuk para pemain dan mereka akan berkumpul semula untuk menjalani latihan pada esok pagi.

“Memang ada seminggu untuk persediaan, apa yang penting kita perlu memulihkan motivasi pemain.

“Keyakinan pemain perlu dipertingkatkan kerana kita tiada cara lain untuk memastikan tiket ke separuh akhir kecuali menang,” tambah bekas penolong Datuk K.Rajagopal itu.

Baca Juga: Matyo Mahu Jumpa Vietnam Di Pentas Final

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *