Taylor Regan Pemain Import Kelima Selangor ?

Bekas pemain import negeri Sembilan, Taylor Regan dikhabarkan semakin hampir untuk menjadi pemain import kelima pasukan Selangor.

Menurut laporan Goal.com, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Abdul Rauf Ahmad mengesahkan Regan akan menyertai pasukan dan beliau akan tiba Khamis ini.

“Ya kami semakin hampir untuk menandatangani beliau. Regan akan tiba pada Khamis ini,” kata Datuk Rauf.

Sebelum ini, Selangor menguji pemain pertahanan tinggi lampai dari Korea, Kim Seong-sik. Akan tetapi, FAS terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan beliau kerana Seong-sik masih belum pulih daripada kecederaan lutut yang dialami.

Seong-sik menampilkan persembahan yang baik sepanjang perlawanan pra musim. Namun, FAS dilihat tidak mahu mengambil risiko dengan menandatangani pemain import yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Taylor Regan pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia bersama pasukan Negeri Sembilan pada musim 2016. Pemain berusia 30 tahun ini juga diangkat sebagai ketua pasukan dan beliau turut menjadi pemain kegemaran peminat.

Namun, Regan hanya beraksi selama satu musim bersama Negeri Sembilan dan beliau kemudiannya kembali ke Australia dan menyertai pasukan Adelaide United. Bersama The Reds, Regan berjaya memenangi FFF Cup dengan menewaskan pasukan Sydney FC di perlawanan akhir.

Bagi pasukan Selangor pula, slot pemain import pasukan ketika ini diisi oleh penyerang dari Sepanyol, Rufino Segovia yang menjadi satu-satunya pemain import yang dikekalkan daripada skuad musim lalu.

Selain Rufino, pemain import yang lain ialah pertahanan kacukan Vietnam-Republic Czech, Michal Nguyen, pemain sayap dari Grenada, Antonio Timothy German dan bekas pemain tengah Felcra FC, Endrick Dos Santos.

Baca Juga: Michal Nguyen Pemain Import Keempat Selangor

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *