Team Of The Season Liga Super 2018 Versi Inikan Bola

Tirai Liga Super musim 2018 telahpun tamat pada Ahad lalu dimana kita menyaksikan Johor Darul Ta’zim ditabal sebagai juara manakala dua pasukan iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan tersingkir ke Liga Perdana. Dengan tamatnya saingan Liga, di sini kami mahu berkongsi dengan anda Team Of The Season bagi saingan Liga Super versi Inikan Bola.

Penjaga gol: Farizal Marlias

Sumber Gambar: JST

Farizal Marlis mempamerkan persembahan cemerlang apabila beliau mempunyai 13 clean sheet dalam saingan Liga musim ini.

Catatan yang dilakukan oleh Farizal ini melebihi penjaga gol lain meskipun Farizal beraksi dalam saingan Liga sedikit lambat kerana penggantungan yang dikenakan.

Bek Kanan: Matthew Davies

Sumber Gambar: Pahang FA

Ketua pasukan Pahang ini menampilkan aksi yang konsisten di bahagian pertahanan kanan pasukan Tok Gajah musim ini. Gandingan Davies di sebelah kanan bersama Sumareh menjadikan kedua-dua pemain ini digeruni oleh pertahanan lawan.

Bek Tengah: Marcos Antonio

Sumber Gambar: JST

Pertahanan kental ini berjaya pulih daripada kecederaan serius di bahagian lutut. Meskipun begitu, Marcos tetap steady menjaga benteng pertahanan JDT dan barisan serangan lawan sukar untuk melepasi beliau.

Bek Tengah: Muslim Ahmad

Sumber Gambar: Pahang FA

Sejak menyertai pasukan Pahang, Muslim berjaya membuat comeback dan beliau berjaya mempamerkan persembahan yang cemerlang musim ini.

Bek Kiri: Ariff Farhan Md Isa

Sumber Gambar: mStar

Ariff Farhan menampilkan persembahan yang baik bagi pasukan Kedah musim ini. Walaupun tidak beraksi pada penghujug Liga kerana kecederaan, namun sumbangan Ariff tidak dapat dinafikan.

Pemain Tengah: Harris Harun

Sumber Gambar: JST

Menjadi ketua pasukan dengan menggantikan Safiq Rahim musim ini, Harris beraksi dengan baik dengan memberikan perlindungan kepada benteng pertahanan JDT.

Pemain Tengah: Safuwan Baharuddin

Sumber Gambar: Pahang FA

Sama seperti Harris, Safuwan juga beraksi dengan baik di bahagain tengah pasukan Pahang dengan memberikan perlindungan yang baik kepada barisan pertahanan.

Pemain Tengah: Nor Azam Azih

Sumber Gambar: Pahang FA

Nor Azam menjadi nadi utama pasukan Pahang musim ini dengan kawalan bola serta kualiti hantaran beliau yang sangat baik. Pemain skuad bawah 23 tahun negara ini juga menjaringkan gol ketika perlawanan akhir Piala FA 2018.

Sayap Kanan: Safawi Rasid

Sumber Gambar: JST

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim ini merupakan antara pemain tempatan yang menyerlah musim ini dengan menjaringkan 6 gol dalam saingan Liga Super.

Sayap Kiri: Kipre Tchetche

Sumber Gambar: TFC

Captain Fantastic Terengganu FC ini berada di belakang Rufino Segovia dalam senarai penjaring terbanyak Liga Super musim ini dengan 14 gol.

Penyerang: Rufino Segovia

Sumber Gambar: FA Selangor

Tidak lengkap rasanya jika kita tidak memasukkan penjaring terbanyak Liga Super musim ini. Rufino berjaya menjaringkan 19 gol dan beliau berjaya memastikan Selangor kekal dalam saingan Liga Super.

Pemain Simpanan

Mohamadou Sumareh (Pahang)

Shahrul Saad (Perak)

Gonzalo Cabrera (JDT)

Romel Moralez (PKNS FC)

Ketua jurulatih: Dollah Salleh

Haa itulah dia Team Of The Season bagi saingan Liga Super 2018 versi Inikan Bola. Pemain yang dipilih berjaya menunjukkan persembahan yang luar biasa sepanjang saingan Liga musim ini.

Apa pendapat anda mengenai kesebelasan utama bagi saingan Liga Super musim 2018 versi Inikan Bola ? Anda bersetuju dengan senarai kami ? Atau anda mempunyai senarai anda sendiri ? Mari kongsikan dengan kami.

Baca Juga: Penyokong Indonesia Perlu Dididik

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *