Terengganu FC II Enggan Pandang Rendah Negeri Sembilan

Terengganu FC II enggan untuk mengambil mudah cabaran yang bakal diberikan oleh pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan Piala Cabaran 2018 malam ini.

Pengendali sementara Terengganu FC II (TFCII), Tengku Hazman Raja Hassan mahu menurunkan kesebelasan utama terbaik beliau pada perlawanan malam ini meskipun telah layak ke peringkat separuh akhir.

“Saya tidak bercadang melakukan banyak perubahan dalam pasukan sebaliknya mempertaruhkan barisan terbaik dalam memastikan tiga mata diraih bermain di gelanggang sendiri.

“Walaupun sudah layak, kita tidak mahu pemain sesekali bermain sambil lewa dan memberi laluan mudah kepada Negeri Sembilan yang pastinya turun dengan misi hidup mati mereka untuk mengiringi kami ke separuh akhir,” katanya kepada Berita Harian.

Tambah Tengku Hazman, beliau juga tidak bercadang merehatkan pemain importnya dalam perlawanan itu kerana mereka adalah nadi kekuatan pasukannya mengimbangi kekuatan lawan.

Pengendali berusia 41 tahun itu juga berharap anak-anak buah beliau mampu untuk menyelesaikan kelemahan terutamanya ketika berada di dalam kotak penalti bagi mencari jaringan.

“Saya harap gandingan mantap antara Bruno Suzuki dan Akanni Sunday Wasiu mampu menjadi senjata utama merobek kubu Negeri Sembilan malam esok selain misi mengekalkan rekod bersih tanpa kalah dalam enam perlawanan,” katanya.

Negeri Sembilan yang kini mengumpul sembilan mata wajib menang ke atas Terengganu FC II kerana UKM FC yang berada di tangga ketiga hanya ketinggalan dua mata dibelakang dan mereka masih berpeluang mara ke separuh akhir jika mereka mengatasi Sarawak dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A.

Apa yang pasti, Piala Cabaran merupakan ttofi yang boleh mengubati luka Terengganu FC II dimana mereka tersingkir daripada saingan Liga Perdana musim hadapan setelah menamatkan saingan musim ini di tangga tercorot. Oleh itu, penting untuk mereka menampilkan aksi terbaik pada perlawanan separuh akhir bagi membolehkan mereka melangkah ke perlawanan akhir.

Kegagalan TFC II nyata mengejutkan kerana mereka dibarisi oleh pemain import yang mempunyai kualiti yang baik serta mempunyai pemain tempatan yang berpengalaman.

Baca Juga: Terengganu FC Juara Kumpulan A

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *