Terengganu FC Juara Kumpulan A

Pasukan Terengganu FC muncul sebagai juara kumpulan A meskipun mereka tewas kepada pasukan Kuala Lumpur pada perlawanan di Stadium KLFA, Cheras semalam.

Pasukan bimbingan Irfan Bakti ini tunduk di laman sendiri dengan keputusan 3-2 dimana penyerang import The City Boys, Guilherme De Paula menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut.

Terengganu terlebih dahulu ketinggalan apabila Guilherme membuka tirai jaringan seawal minit ketiga. Tersentak dengan jaringan Guilherme, pemain Terengganu menggandakan asakan dan mereka berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi percubaan Dong-hyun.

Tiga minit selepas jaringan Dong-hyun, Paulo Josue kembali meletakkan Kuala Lumpur di hadapan menerusi trademark iaitu sepakan percuma beliau. Terengganu berada di belakang dan Kekurangan satu pemain akibat layangan kad merah kepada Fazirhikwan Mat Rani.

Memasuki separuh masa kedua, Terengganu sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan menerusi percubaan Mohd Shahrul Aizad Zulkufli yang menyambar bola sepakan percuma Tuck minit 64.

Namun, Guilherme menghancurkan harapan skuad Penyu untuk meraih tiga mata apabila beliau menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir perlawanan.

Walaupun tewas, namun Terengganu muncul sebagai juara kumpulan A setelah satu lagi pasukan, Perak juga mengalami kekalahan di tangan pasukan Felcra FC dengan keputusan 2-1.

Di peringkat suku akhir nanti, Terengganu FC akan menghadapi pasukan Felda United yang menduduki tangga kedua dalam kumpulan B manakala pasukan Perak akan menentang pasukan PKNS FC yang menjadi juara kumpulan B.

Pada perlawanan semalam, PKNS membelasah pasukan PDRM dengan keputusan 5-0 manakala pasukan Felda United pula dibelasah oleh Melaka United dengan keputusan 6-1.

Apa yang pasti, pertembungan diantara keempat-empat pasukan menarik untuk disaksikan kerana mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam saingan Piala Malaysia edisi kali ini. Mereka tidak boleh mengambil mudah cabaran yang akan diberikan pada perlawanan suku akhir nanti.

Apa pendapat anda mengenai peluang pasukan Terengganu FC, Perak, PKNS FC dan Felda United untuk mara ke peringkat separuh akhir apabila keempat-empat pasukan akan berentap di perlawanan suku akhir nanti? Pasukan manakah yang akan mara?

Baca Juga: Matematik Piala Malaysia Dan Piala Cabaran 2018

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *