Terengganu FC Kehilangan 9 Pemain

Pasukan Terengganu FC kehilangan 9 pemain menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Terengganu FC dalam satu kenyataan di laman media sosial mereka memaklumkan 9 pemain iaitu J.Partiban, Fitri Omar, Muhammad Fauzi Abdul Kadar, Abdul Latiff Suhaimi, Azi Shahril Azmi, Mohd Faiz Mohd Nasir, pemain import dari Korea Selatan, Do Dong Hyun selain dua penjaga gol simpanan, Muhammad Syazwan Yusoff dan Mohd Faizal Yusof tidak akan bersama pasukan musim hadapan.

J.Partiban kembali menyertai pasuka negeri kelahirannya, Perak manakala Faiz Nasir yang mendapat jolokan ‘Messi Terengganu’, dilaporkan berada dalam radar pasukan Melaka United.

“Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat kesemua pemain yang akan bersama pasukan baru pada musim hadapan dan diharap karier semua bekas pemain TFC ini akan terus menerus berkembang di masa-masa mendatang.

“Keluar dan masuk pemain dalam mana-mana pasukan adalah perkara biasa dan ianya adalah hak buat pemain untuk berhijrah dan menerima pengalaman baru. TFC amat menghormati dan menyanjung tinggi semua pemain yang pernah menabur bakti buat pasukan ini. Ikatan persaudaraan bersama seluruh peminat bola sepak Terengganu tidak akan putus,” jelas TFC.

Sebelumnya, Terengganu FC berjaya mengekalkan khidmat ketua pasukan, Kipre Tchetche dan dua lagi pemain import, Lee Tuck dan Thierry Chanta-Bim untuk saingan musim hadapan.

Selain itu, TFC juga berjaya mengekalkan khidmat beberapa pemain tempatan seperti Suffian Abdul Rahman, Wan Azraei, Wan Ahmad Amirzafran, Hasnizaidi, Shahrul Aizad dan Ashari Shamsudin.

Terengganu FC di bawah bimbingan Irfan Bakti berjaya muncul sebagai naib juara Piala Malaysia 2018 setelah tewas kepada pasukan Perak dalam perlawanan akhir.

Baca Juga: Faiz Nasir Hampir Pasti Tinggalkan Terengganu FC

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *