Thailand Mahu Kukuhkan Benteng Pertahanan

Thailand mahu mengukuhkan benteng pertahanan menjelang perlawanan separuh akhir kedua saingan Piala AFF Suzuki 2018 menentang Malaysia pada Rabu ini. Perkara itu disuarakan oleh ketua jurulatih pasukan, Milovan Rajevac.

Rajevac menganggap kegagalan mendapatkan jaringan di Bukit Jalil pada Sabtu lalu menyebabkan pasukannya perlu mengukuhkan benteng pertahanan bagi memastikan Malaysia tidak memperoleh gol di tempat lawan yang berharga.

Pada masa yang sama, Rajevan memberi jaminan Thailand mahu turun sehabis-baik dan tampil lebih garang pada perlawanan kedua nanti bagi melangkah ke perlawanan akhir kelapan pasukan itu dalam sejarah kejohanan.

“Kami mencipta beberapa peluang tapi tak semua peluang terbaik yang kami dapat. Apa yang penting kami tidak tewas.

“Sekarang ini kami perlu tingkatkan lagi tahap permainan untuk menghadapi separuh akhir kedua di Bangkok nanti dan kami perlu menjaringkan gol.

“Aksi di gelanggang sendiri dan tempat lawan pasti berbeza, begitu juga negara Asia Tenggara yang lain. Apa yang pasti Malaysia sekali lagi akan memberi saingan sengit kepada kami,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Perlawanan di Bukit Jalil pada Sabtu lalu berakhir dengan keputusan seri dimana Malaysia gagal untuk memanfaatkan peluang terhidang sementara Thailand mengamalkan corak permainan bertahan sepanjang perlawanan.

Rajevan turut mengakui permainan cemerlang Malaysia menyebabkan pasukan bimbingan beliau gagal untuk menerapkan permainan sebenar dan terpaksa bertahan sepanjang di sebahagian besar perlawanan. Thailand hanya beberapa kali sahaja cuba untuk menyerang benteng pertahanan pasukan negara.

“Ia bukan seperti perancangan asal kami (untuk tidak bermain secara bertahan). Malaysia beraksi dengan cukup baik dengan beberapa serangan dan mereka sangat agresif,” tambahnya.

Keputusan seri 1-1 sudah cukup untuk membawa Malaysia mara ke perlawanan akhir sekaligus membayar dendam di atas kekalahan pada edisi 2012 kepada lawan sama dan di pentas yang sama.

Jika berjaya mengekalkan momentum seperti perlawanan separuh akhir pertama, tidak mustahil Harimau Malaya mencipta kejutan dan menyingkirkan juara 5 kali saingan Piala AFF ini.

Baca Juga: Harimau Malaya, Jangan Gentar Kita Lawan!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *