Thailand Tidak Beraksi Bola Sepak Sebenar
- Harimau Malaya
- Dec 2, 2018
- No comment
Ketua jurulatih pasukan Thailand, Milovan Rajevac nenyifatkan pasukan bimbingan beliau tidak menampilkan aksi sebenar pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 semalam.
Juara bertahan ini dilihat lebih banyak bertahan sepanjang perlawanan dan hanya beberapa kali cuba untuk mengatur gerakan serangan ke arah kubu pertahanan pasukan negara.
“Ia bukan seperti perancangan awal kami (untuk bermain bertahan). Malaysia beraksi sangat baik dan agresif.
“Kami beraksi di bawah prestasi sebenar, tapi saya yakin kami akan beraksi lebih baik pada perlawanan seterusnya di Bangkok.
“Ini perlawanan yang sukar, kami mahu menjaringkan gol dan memiliki beberapa peluang. Namun, apa yang penting kami tidak tewas,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Sebelum ini, Rajevac menyasarkan mahu mencari gol di tempat lawan bagi memberi kelebihan untuk mereka pada perlawanan separuh akhir kedua di Bangkok pada 5 Disember nanti.
Pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe menampilkan aksi yang sangat bertenaga dimana mereka berjaya mengkucar-kacirkan benteng pertahanan pasukan Thailand. Namun, kegagalan barisan serangan untuk menyempurnakan peluang terhidang membantutkan usaha pasukan negara untuk mencari kelebihan awal.
Dengan keputusan seri semalam, peluang masih ada untuk skuad Harimau Malaya melangkah ke perlawanan akhir saingan edisi kali ini.
Apa yang harus dilakukan ialah mengekalkan momentum ketika perlawanan di Bangkok nanti dan menajamkan lagi barisan serangan.
Baca Juga: Harimau Malaya Seri Dengan Gajah Perang