The Unsung Hero

Liga Perdana telah menutup tiranya pada jumaat dengan pasukan Kuala Lumpur dinobat sebagai juara keseluruhan musim ini. Manakala pasukan Terengganu pula berjaya menduduki tempat kedua sekaligus layak ke saingan Liga Super musim hadapan menggantikan pasukan Sarawak dan Pulau Pinang.

Dalam penulisan kali ini, kami mahu membincangkan tentang “Unsung Hero” bagi pasukan Kuala Lumpur. Bagi pasukan Kuala Lumpur, sudah pasti status hero bagi mereka ialah Guilherme De Paula. De Paula berjaya menjaringkan 26 gol bagi Kuala Lumpur dalam saingan Liga Perdana musim ini. Untuk status hero yang tidak didendang, kami memilih pemain tengah mereka iaitu Irfan Zakaria. Irfan mampu untuk bermain sebagai pemain tengah ataupun pertahanan tengah. Gaya permainan beliau yang “versatile” nyata berjaya menyumbang kepada prestasi cemerlang pasukan Kuala Lumpur musim ini.

Di bawah bimbingan ketua jurulatih Fabio Joaquim Maciel, Irfan bermain di hampir kesemua perlawanan Liga Perdana buat Kuala Lumpur. Di sini kita dapat melihat betapa pentingnya peranan Irfan dalam pasukan. Dengan layaknya Kuala Lumpur ke Liga Super, kami pasti kita akan melihat lebih lagi dari Irfan Zakaria.
Beliau baru saja berusia 22 tahun. Jika beliau berjaya mengekalkan prestasi cemerlang beliau seperti musim ini, tidak mustahil pada musim hadapan, akan ada pasukan yang menunjukkan minat terhadap beliau. Kebolehan Irfan untuk bermain di beberapa posisi sudah pasti menjadi kelebihan buat pasukan yang memiliki beliau.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *