Theerathon Bunmathan Sertai Yokohama F-Marinos

Pemain pertahanan pasukan kebangsaan Thailand, Theerathon Bunmathan sah menyertai Yokohama F-Marinos secara pinjaman bagi saingan J1 League musim 2019.

Perkara ini disahkan oleh pihak Yokohama melalui satu pengumuman di laman web rasmi pasukan itu hari ini. Yokohama akan memaklumkan mengenai tempoh pinjaman Theerathonsejurus selepas ujian perubatan dijalankan.


Sumber Gambar: Vocket FC

Sebelum ini, Theerathon beraksi bersama Vissel Kobe dalam saingan J1 League musim lalu. Menurut laporan Vocket FC, pemain berusia 28 tahun ini membuat 28 penampilan liga, mengumpul 2,111 minit minit bermain namun tidak berjaya menjaringkan sebarang gol.

Theerathon Bunmathan dijangka bakal menandatangani kontrak pinjaman selama satu musim sehingga penghujung musim 2019 bagi mengisi kuota pemain dari negara-negara JLeague Partner Nations.

Musim lalu, Vissel Kobe menamatkan saingan J1 League di tangga ke-10. Pasukan yang menandatangani bekas ketua pasukan Barcelona, Andres Iniesta pada jendela pertengahan musim ini mengumpul 45 mata daripada 34 pertandingan.

Bagi Yokohama F-Marinos pula, mereka menamatkan saingan J1 di tangga ke-12 dengan mengumpul 41 mata daripada 34 pertandingan.

Selain Theerathon, ada beberapa pemain Thailand mewarnai saingan J1 musim lalu. Antaranya ialah ketua pasukan skuad Gajah Perang, Teerasil Dangda yang beraksi bersama Sanfrecce Hiroshima, Chaowat Veerachat (Cerezo Osaka), Jakkit Wachpirom (FC Tokyo) dan pemain yang digelar sebagai “Messi Jay” sekaligus pemain terbaik Thailand iaitu Chanatip Songkrasin yang beraksi bersama Cosadole Sapporo.

Untuk saingan musim 2019, seorang lagi pemain Thailand, Thitipan Puangchan turut dikaitkan dengan perpindahan ke negara Matahari Terbit itu. Thitipan dikhabarkan semakin hampir untuk menyertai pasukan Oita Trinita FC.

Pasuka Oita Trinita FC pada musim 2018 muncul sebagai naib juara J2 League dibelakang Matsumoto Yamaga FC sekaligus layak untuk beraksi dalam saingan J1 League musim 2019.

Perpindahan Theeraton dengan menyertai Yokohama F-Marinos ini sememangnya menjadi satu berita baik untuk bola sepak Thailand. Kejayaan beberapa pemain mereka yang beraksi di saingan J League seharusnya dijadikan sebagai inspirasi untuk pemain Malaysia khususnya pemain muda bagi mengikuti jejak langkah mereka.

Baca Juga: Milovan Rajevac Dipecat Oleh FAT

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *