Tiga Pemain Je Yang Menyinar, Yang Lain Mana ?

Kita hampir untuk mencipta sejarah untuk layak ke temasya Piala Dunia Bawah 17 Tahun pada 2015. Namun, anak-anak muda kita tewas di tangan Australia pada peringkat suku akhir pada temasya AFC Bawah 16 Tahun di Thailand ketika itu. Daripada barisan pemain ketika itu, hanya tiga pemain saja yang menyinar. Yang lain mana ?

Tiga pemain yang penulis maksudkan disini ialah penjaga gol Johor Darul Ta’zum, Haziq Nadzli, penyerang Pahang, R.Kogileswaran dan pemain Johor Darul Ta’zim II, Najmuddin Samat. Hanya ketiga-tiga pemain ini yang berjaya bermain dalam saingan Liga Malaysia.

Haziq mula mencipta nama bersama pasukan PDRM FA sebelum menyertai Johor Darul Ta’zim pada musim 2017. Beliau juga menjadi pilihan utama Datuk Ong Kim Swee untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan bawah 23 tahun kebangsaan. Haziq juga dipanggil untuk mewakili pasukan senior kebangsaan.

Bagi R.Kogileswaran pula, musim ini beliau berjaya mendapat peluang untuk menyinar bersama pasukan Pahang setelah dua musim diletakkan di bangku simpanan. Sama seperti Haziq, kecemerlangan Kogi berjaya memikat hati Tan Cheng Hoe untuuk memanggil beliau mewakili pasukan kebangsaan.

Nasib Najmuddin Samat tidaklah sebagus Haziq dan juga Kogi. Masalah disiplin mengekang perkembangan karier pemain yang pernah digelar sebagai “Messi” Malaysia ini. Najmuddin kemudiannya menyertai Melaka United sebelum memutuskan untuk menyertai Johor Darul Ta’zim II musim ini.

Penulis merasa perkara ini amat menyedihkan kerana hanya tiga pemain saja yang mampu untuk mencipta impak dan bermain dalam saingan Liga Malaysia. Daripada pasukan yang hampir untuk mencipta sejarah layak ke temasya Piala Dunia, seharusnya lebih ramai pemain yang ketika ini bermain di peringkat yang lebih tinggi.

Pemain seperti Hafiy Haikal Ismail, R.Dinesh dan Amirul Ashraf Arifin hanya menjadi pemain simpanan dan juga bermain di Liga bawahan. Perkara ini amat disayangkan kerana bakat mereka disia-siakan.

Walau apa pun, diharapkan pemain daripada pasukan yang hampir layak ke Piala Dunia ini mampu untuk menemui sentuhan cemerlang mereka dan mula mencipta impak.

Baca Juga: Peluang Malaysia Untuk Mara Ke Peringkat Separuh Akhir Dilihat Seimbang

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *