TMJ: Subkhiddin Tidak Setuju Gunakan Pengadil Luar

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah mengutarakan cadangan untuk membawa pengadil dari luar negara bagi mengadili perlawanan penting namun cadangan tersebut ditolak oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Salleh.

Menurut baginda, Subkhiddin turut memberikan sebab mengapa beliau menolak cadangan yang disuarakan ol3h MFL dimana pengadil-pengadil tempatan kelihatan seperti tidak penting jika pengadil dari luar mengadili perlawanan penting.

TMJ menjelaskan bahawa cadangan untuk membawa masuk pengadil dari luar negara bukannya menidakkan kepentingan pengadil tempatan, sebaliknya memberitahu bahawa kita sangat memerlukan pertolongan daripada pengadil-pengadil seperti mereka ini untuk pengadil tempatan belajar.

Pemilik Johor Darul Ta’zim ini bahkan pernah mengeluarkan wang sendiri untuk menghantar seramai 25 pengadil ke Jepun untuk mengikuti kursus. Perkara tersebut boleh disahkan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ketika ditanya mengenai penggunaan Video Assistance Referee (VAR) pada saingan Liga Malaysia musim hadapan, TMJ menjelaskan bahawa penggunaan VAR boleh dilaksanakan akan tetapi ianya bakal menelan kos yang cukup tinggi.

TMJ melihat idea gabungan pengadil luar dan tempatan sebagai satu solusi yang perlu dilaksanakan seberapa segera disamping mewujudkan badan pengadil profesional bukan dibawah naungan FAM.

Akhir sekali, TMJ mengucapkan tahniah kepada pasukan Perak dan Terengganu FC dan baginda akan melihat semula kepada masalah pengadilan yang berlaku pada perlawanan semalam agar ianya tidak berlaku lagi pada perlawanan akhir yang akan datang.

Kualiti pengadilan yang ditunjukkan oleh Suresh Jayaraman semalam sememangnya antara yang paling teruk dalam sejarah perlawanan akhir Piala Malaysia.

Tempo perlawanan juga terjejas dimana Suresh sering-kali membuat keputusan yang tidak sepatutnya dibuat.

Baca Juga: Pengadil Final Piala Malaysia 2018 Tiada Dalam Senarai FIFA

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *