Tragedi Lama Berulang Kembali ?

Pasukan Pahang dan Johor Darul Ta’zim akan akan berentap dalam satu perlawanan yang diibaratkan sebagai perlawanan penentuan buat kedua-dua pasukan. Penulis hanya ada satu pertanyaan. Adakah tragedi di Larkin pada April lalu akan berulang kembali ?

Pahang berjaya memecahkan rekod kebal JDT di laman sendiri selama lebih dua musin apabila berjaya menewaskan pasukan bimbingan Raul Longhi itu dalam perlawanan peringkat suku akhir kedua Piala FA pada April lalu.

Penyerang Pahang, Patrick Cruz berjaya meledak hatrik sekaligus menghantar pasukan Pahang ke peringkat separuh akhir Piala FA edisi kali ini.

Perlawanan esok merupakan perlawanan ketiga antara kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Jika kita mengambil kira rekod dalam saingan Piala FA, Pahang belum lagi tewas kepada pasukan JDT.

Prestasi semasa kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super pula berada dalam prestasi yang baik. JDT menewaskan pasukan Perak minggu lalu manakala Pahang berjaya menundukkan pasukan PKNP FC dengan keputusan 2-1.

Dari segi pemain, JDT dilihat mempunyai kelebihan apabila pemain utama mereka bebas daripada sebarang kecederaan. Berkemungkinan besar Raul Longhi akan menggandingkan Fernando Marquez dengan Fernando Elizari di bahagian serangan pasukan.

Manakala bagi pasukan Pahang pula, mereka akan turun tanpa penyerang yang telah menjaringkan hatrik di Lakin pada April lalu iaitu Patrick Cruz kerana penyerang import ini terpaksa berehat sebulan selepas mengalami kecederaan pangkal peha.

Bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Patrick, Dollah mungkin akan menurunkan sama ada Norshsharul Idlan Talaha atau R.Kogileswaran bagi digandingkan dengan Austin Amutu di bahagian serangan.

Walau apa pun, penting untuk kedua-dua pasukan mengutip tiga mata penuh bagi memperbaiki kedudukan dalam carta Liga. Jika Pahang berjaya mengutip tiga mata penuh, maka mereka akan berada lima mata di belakang JDT.

Akan tetapi, jika JDT berjaya memenangi perlawanan malam ini, maka mereka akan mempunyai kelebihan 11 mata di hadapan pasukan Pahang.

Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan Pahang menentang Johor Darul Ta’zim pada esok ? Adakah tragedi lama bakal berulang ?

Baca Juga: Johor Darul Ta’zim Semakin Selesa Di Puncak

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *