Trio Ideal Berdepan Sri Lanka Dan Kyrgyztan ?
- Harimau Malaya
- Oct 3, 2018
- No comment
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah memanggin seramai enam pemain di bahagian serangan bagi menyertai kem latihan pusat untuk aksi persahabatan menentang pasukan Sri Landa dan Kyrgztan. Di sini, adakah trio Sumareh-Shahrel-Akhyar merupakan trio yang ideal untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pada dua perlawanan ini ?
Setelah menunggu sekian lama, akhirnya harapan peminat untuk menyaksikan Sumareh dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat pasukan kebangsaan terlaksana. Pemain yang mendapat kerakyatan Malaysia pada April lalu ini disifatkan mampu untuk meningkatkan lagi kualiti di bahagian serangan pasukan negara.
Jika kita melihat kepada prestasi semasa, Sumareh lebih sesuai untuk digandingkan dengan pemain sayap Kedah, Akhyar Rashid dan penyerang Nakhon Ratchasima, Shahrel Fikri Fauzi. Sama seperti Sumareh, kepantasan serta kemahiran Akhyar ketika memegang bola boleh mengundang bahaya kepada barisan pertahanan lawan.
Bagi Shahrel Fikri pula, prestasi semasa bersama Nakhon dimana baru-baru ini beliau menjaringgkan gol dan persembahan Eki ketika Malaysia menewaskan Kemboja bulan lalu menjadikan bekas ketua pasukan PKNP FC ini penyerang yang ideal untuk diturunkan sebagai penyerang utama.
Apa yang pasti, Tan Cheng Hoe perlu segera mencari trio serangan utama yang bakal beliau gunakan ketika kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 kerana penting untuk pemain yang dipilih nanti memantapkan lagi persefahaman diantara mereka.
Piala AFF Suzuki akan membuka tirainya sebulan daripada sekarang dan lebih cepat Cheng Hoe mempunyai calon utama untuk diturunkan di bahagian serangan maka lebih baik untuk pasukan negara.
Adunan ketiga-tiga penyerang berserta Safawi Rasid yang kali ini tidak dipanggil merupakan harapan utama pasukan negara untuk mencabar pasukan-pasukan yang lebih kuat seperti Thailand dan Vietnam dalam usaha membawa pulang trofi yang kali terakhir dimenangi pada edisi 2010 lalu ke bumi Malaysia.
Tiga aksi persahabatan yang akan dihadapi sebelum sepak mula Piala AFF Suzuki menentang Kemboja pada 8 November nanti perlu digunakan dengan sebaik mungkin oleh Cheng Hoe bagi memantapkan dan memastikan pasukan berada di keadaan terbaik.
Baca Juga: Sumareh Janji Pamer Aksi Terbaik