Tunda Sebab Masalah Padang. Masuk Di Akal Ke ?
- Liga Super
- May 2, 2018
- No comment
Macam-macal hal yang berlaku dalam Liga Malaysia musim ni. Penulis merasakan tak usah penulis sebut apa yang dah berlaku setakat ini dalam saingan Liga paling “berprestij” di Asia Tenggara ini. Semalam, penyokong Selangor yang bertandang ke Larkin kecewa kerana perlawanan Selangor menentang Johor Darul Ta’zim ditunda kerana masalah padang.
Pihak JDT memberi kenyataan bahawa mereka terpaksa menunda perlawanan semalam kerana padang di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos tidak berada dalam keadaan yang baik setelah hujan lebat yang melanda. Di sini, penulis mempunyai pertanyaan. Bukankah fasiliti yang dimiliki oleh Johor Darul Ta’zim merupakan fasiliti berkelas dunia ?
Dan jika fasiliti tersebut berkelas dunia, mengapa masalah padang boleh berlaku ? Kita telah melihat keadaan padang yang tidak begitu baik ketika JDT tewas kepada pasukan Pahang dalam peringkat suku akhir saingan Piala FA bulan lalu. Takkanlah sampai sekarang mereka belum memperbaiki masalah tersebut ?
Penundaan perlawanan ini adalah satu perkara yang serius. Selain merugikan pasukan, penundaan perlawanan ini juga merugikan peminat apatah lagi peminat pasukan pelawat yang sudah jauh-jauh datang dari bumi Selangor ke bumi Johor. Siapa yang nak tanggungjawab dengan kos dan juga masa yang sudah terbuang ?
Beberapa jam sebelum bermula perlawanan antara JDT & Selangor, @footballmasllp telah mengeluarkan satu kenyataan tentang penundaan perlawanan tersebut.
Sebagai penyokong yang ber- #MentalitiJuara . Kami disini ingin menanyakan bagaimana proses penundaan perlawanan dibuat? pic.twitter.com/uhLk7SY143
— Selangor Ultras (@ultraSel_) May 1, 2018
Jika masalah padang menjadi sebab utama, mengapa perlawanan menentang Pahang tempoh hari dteruskan tetapi perlawanan semalam harus ditunda ? Banyak persoalan yang bermain di minda peminat dan juga penulis sendiri.
Penulis berpendapat penundaan perlawanan semalam boleh dielakkan sekiranya penyelenggara padang pasukan JDT menyelesaikan masalah selepas perlawanan menentang Pahang tempoh hari.
Penulis juga mengharapkan tiada lagi penundaan perlawanan akibat daripada masalah padang pada masa akan datang. Ini bagi mengelakkan ramai pihak merasa dirugikan daripada masalah penundaan ini.
Baca Juga: Mission Imposible Buat Pasukan Selangor