Ubi Muda Kelantan Memang Menjadi!

Ubi muda Kelantan mengganas sebentar tadi apabila mereka berjaya membantu pasukan Kelantan menewaskan Kuala Lumpur 4-2. Dua pemain muda, Nik Azli Nik Alias dan Nik Akif Syahiran menjadi arkitek utama pasukan.

Nik Azli dan Nik Akif dilihat menjadi perancang utama pasukan Kelantan dalam perlawanan sebentar tadi. Kualiti kawalan bola dan juga hantaran kedua-dua pemain ini sering memerangkap pasukan Kuala Lumpur.

Satu lagi pemain muda yang patut diberi pujian ialah penyerang tunggal mereka iaitu Shafiq Shahrudin. Bekas penyerang JDT II ini menjadi pilihan utama Fajr Ibrahim berbanding penyerang import iaitu Mohammed Ghaddar. Kemenangan malam ini adalah kemenangan pertama Fajr sebagai pengendali Kelantan.

Bagi pasukan Kuala Lumpur pula, mereka seolah-olah tewas dari segala aspek kepada ubi muda Kelantan pada perlawanan malam ini. Kebocoran benteng perlawanan serta penyudah yang tumpul di bahagian serangan nyata menjadi faktor mengapa mereka tewas malam ini.

Kuala Lumpur hanya berjaya menembusi benteng pertahanan Kelantan pada minit-minit terakhir perlawanan dimana pemain Kelantan sudah memperlahankan asakan.

Kemenangan pertama ini nyata sangat bermakna buat pasukan Kelantan dan juga Fajr Ibrahim sendiri. Setelah pelbagai isu yang melanda pasukan sepanjang minggu ini, kemenangan adalah satu kelegaan kepada semua.

Walau apa pun, masih ada perkara yang perlu diperbaiki oleh ubi muda Kelantan dan juga pasukan Kuala Lumpur. Bagi anak-anak buah Fajr Ibrahim, pemain muda ini perlu lebih tenang dan juga bijak untuk mengekalkan stamina mereka. Untuk para pemain The City Boys pula, barisan pertahanan dan juga serangan perlu diperbaiki segera.

Apa pendapat anda mengenai kemenangan pasukan Kelantan ke atas Kuala Lumpur malam ini? Mampukah pemain muda Kelantan mengekalkan rentak cemerlang mereka?

Baca Juga: Pemain Muda Kelantan Terus Galas Cabaran?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *