UEFA Nations League 2018-19, Kelayakkan EURO 2020 Dan Kejohanan EURO 2020

Bermula tahun 2018, UEFA mengadakan satu kejohanan baru di peringkat negara Eropah bagi meningkatkan kualiti dan kedudukan bolasepak pasukan kebangsaan, iaitu UEFA Nations League (UNL). Ini bagi menggantikan format perlawanan kelayakan UEFA Euro 2020. Biasanya, perlawanan kelayakan Euro mengambil masa selama 2 musim, seperti kelayakan Euro 2016 lepas bermula pada September 2014 sampai Mac 2016. Namun kali ini, perlawanan kelayakan Euro 2020 mengambil masa semusim, iaitu dari September 2019 sampai Mac 2020. Dalam bahagian ini, penulis akan membincangkan mengenai UNL dahulu. UNL mengambil tempoh masa selama semusim, iaitu selepas kejohanan Piala Dunia atau kejohanan Euro. Untuk UNL musim 2018-19, 55 negara Eropah akan dibahagi kepada 4 liga mengikut coefficient negara masing-masing selepas kelayakan Piala Dunia 2018 tamat, di mana 12 negara yang mempunyai ranking teratas akan berada di Liga A, dan sebagainya.

PERLAWANAN

Setiap liga terdapat 4 kumpulan, di mana Liga C memiliki 1 kumpulan dengan 3 negara dan 3 kumpulan lain dengan 4 negara. Perlawanan liga diadakan dengan format home-away pada bulan September, Oktober dan November 2018 semasa jadual perlawanan antarabangsa. Bagi Liga A, 4 negara dengan mata tertinggi akan memasuki peringkat akhir UNL, di mana satu venue yang neutral akan dipilih oleh UEFA dan undian perlawanan dilakukan pada awal Disember 2018. Pemenang akan mendapatkan sebuah trofi baru yang diperkenalkan pada cabutan undian kumpulan Rabu lepas.

Perlawanan 1 : 6 – 8 September 2018
Perlawanan 2 : 9 – 11 September 2018
Perlawanan 3 : 11 – 13 Oktober 2018
Perlawanan 4 : 14 – 16 Oktober 2018
Perlawanan 5 : 15 – 17 November 2018
Perlawanan 6 : 18 – 20 November 2018
Perlawanan separuh akhir: 5 – 6 Jun 2019
Perlawanan tempat ketiga dan akhir : 9 Jun 2019


Sumber Gambar: UEFA

PROMOTION & RELEGATION

Menggunakan format promotion & relegation, 4 negara yang mendapat mata terendah dari Liga A akan turun ke Liga B, begitu juga 4 negara yang mendapat mata terendah dari Liga B akan turun ke liga C. Bagi kumpulan C, 3 negara dengan mata terendah di kumpulan 2, 3 dan 4 akan diturunkan ke Liga D, sementara 1 negara lagi ditentukan berdasarkan ‘tempat ketiga terendah’ daripada 4 kumpulan di Liga C. Semua negara yang telah dinaikkan atau diturunkan ini akan memasuki liga baru yang akan bermula pada September 2020 selepas Kejohanan Euro 2020. Soalan yang biasa ditanyakan, adakah penganjuran UNL ini menjejaskan perlawanan persahabatan, atau negara Eropah hanya berlawan sesama sendiri selama cuti perlawanan antarabangsa. Bagi perkara ini, negara-negara Eropah juga masih boleh menganjurkan perlawanan persahabatan dengan negara lain di luar Eropah atau Eropah sendiri, selagi tidak mengganggu jadual perlawanan UNL. Seperti Liga A dan B yang mempunyai 3 negara tiap kumpulan, maka ada dua tarikh perlawanan yang boleh dimanfaatkan oleh negara tersebut sama ada pada bulan September, Oktober atau November. Atau semasa perlawanan antarabangsa bulan Mac 2019, perlawanan persahabatan juga boleh dianjurkan oleh negara-negara Eropah pada tempoh tersebut.

Selepas tamat UNL edisi perdana pada Jun 2019, perlawanan kelayakan Euro 2020 bermula pada Mac 2019. Tidak seperti kelayakan Euro sebelumnya yang bermula 2 bulan selepas tamatnya kejohanan Piala Dunia, perlawanan kelayakan Euro 2020 bermula 8 bulan selepas tamatnya
kejohanan Piala Dunia 2018. Ini kerana memberi laluan penganjuran UNL musim 2018-19. Untuk perlawanan kelayakan Euro 2020 ini, 55 negara di Eropah dipecah kepada 10 kumpulan, di mana 5 kumpulan mengandungi 5 buah negara, dan 5 kumpulan lainnya mengandungi 6 buah negara. Seperti biasa di dalam undian kumpulan negara Eropah, Armenia dan Azerbaijan tidak akan diletakkan pada kumpulan yang sama, begitu juga Russia dan Ukraine disebabkan alasan politik. Coefficient bagi menentukan negara-negara Eropah ditentukan berdasarkan ranking pencapaian UNL sebelumnya. Jadi dipastikan negara-negara di Liga A berada pada ranking 1 sampai 12, negaranegara di Liga B berada pada ranking 13 sampai 24, dan sebagainya. Undian akan diadakan pada 2 Disember 2018 nanti di Dublin, Republik Ireland.

PERLAWANAN

Perlawanan masih menggunakan format home-away seperti kelayakan Euro terdahulu, di mana juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke Kejohanan Euro 2020. Perlawanan diadakan sepanjang tahun 2019, iaitu pada bulan Mac, Jun, September, Oktober dan
November. Tiada tuan rumah yang layak secara automatik, seperti pada kejohanan sebelumnya. Jadi, ada kemungkinan tuan rumah pada edisi kali ini tidak layak pada Euro 2020. Jadi, ada 20 negara yang akan layak sebagai juara dan naib juara kumpulan. Baki 4 negara yang belum layak ke Kejohanan Euro 2020 akan ditentukan berdasarkan pencapaian di UNL. 16 negara yang berada di kedudukan teratas kumpulan di liga UNL masing-masing akan dipilih, di mana 4 negara di dalam liga yang sama akan diundi untuk perlawanan play-off liga masingmasing, dan pemenang akan melayakkan diri ke Kejohanan Euro 2020. Undian akan diadakan pada 22 November 2019, dan perlawanan play-off akan diadakan secara home-away, kecuali untuk perlawanan akhir, di mana undian akan menentukan negara yang mana akan menjadi tuan rumah perlawanan akhir di antara kedua-dua negara.

Contoh :
1. Belanda tidak layak pada kelayakan Euro sebagai juara/naib juara kumpulan, namun Belanda adalah juara kumpulan 1 Liga A, maka Belanda akan mengiringi 3 negara lain di dalam Liga A untuk diundi bersama-sama bagi menentukan siapa negara dari Liga A yang akan beraksi pada Kejohanan Euro 2020.

2. Turki adalah juara kumpulan 2 Liga B UNL, dan Turki juga layak ke Kejohanan Euro 2020 berdasarkan juara/naib juara kumpulan kelayakan Euro. Namun, Sweden yang berada pada kedudukan kedua kumpulan 2 Liga B UNL tidak layak ke Kejohanan Euro 2020 disebabkan bukan juara/naib juara kumpulan kelayakan Euro. Maka Sweden dipilih ke perlawanan playoff Liga B.

Perlawanan 1 peringkat kumpulan : 21 – 23 Mac 2019
Perlawanan 2 peringkat kumpulan : 24 – 26 Mac 2019
Perlawanan 3 peringkat kumpulan : 7 – 8 Jun 2019
Perlawanan 4 peringkat kumpulan : 10 – 11 Jun 2019
Perlawanan 5 peringkat kumpulan : 5 – 7 September 2019
Perlawanan 6 peringkat kumpulan : 8 – 10 September 2019
Perlawanan 7 peringkat kumpulan : 10 – 12 Oktober 2019
Perlawanan 8 peringkat kumpulan : 13 – 15 Oktober 2019
Perlawanan 9 peringkat kumpulan : 14 – 16 November 2019
Perlawanan 10 peringkat kumpulan : 17 – 19 November 2019
Perlawanan separuh akhir play-off : 26 – 28 Mac 2020
Perlawanan akhir play-off : 29 – 31 Mac 2020

Kejohanan Euro 2020 akan datang merupakan ulang tahun ke 60 kejohanan Euro, dan merupakan kali ke 16 diadakan. Sempena itu, presiden UEFA Michel Platini (semasa cetusan idea Euro 2020 ini) menggambarkan satu kejohanan yang berbeza dan romantik akan diadakan pada tahun 2020.


Sumber Gambar: Skysports

Tidak seperti kejohanan Euro sebelumnya, di mana tuan rumah merupakan satu atau dua negara dengan stadium masing-masing, tuan rumah bagi Kejohanan Euro 2020 akan datang adalah 12 buah negara dengan 12 stadium. Negara tersebut adalah England, Jerman, Itali, Azerbaijan, Russia,
Romania, Belanda, Republik Ireland, Sepanyol, Hungary, Scotland dan Denmark. Pada asalnya, Brussels di Belgium dipilih sebagai tuan rumah dan Stadium Eurostadium dibina untuk kejohanan ini, namun disebabkan stadium tersebut tertangguh pembinaannya, maka UEFA menukar jadual asal Brussels sebagai tuan rumah kumpulan D dan peringkat kalah mati kepada London, yang mana London pada asalnya hanya menganjurkan perlawanan separuh akhir dan akhir. Perlawanan pembukaan Kejohanan Euro 2020 akan diadakan di Stadium Olimpico, Rom sempena perlawanan kumpulan A. Secara tidak langsung, penganjuran UNL mempunyai hubungkait juga dengan Kejohanan Euro 2020. Diharap UNL dan Kejohanan Euro 2020 ini membangkitkan satu suasana rancak bagi peminat bolasepak Eropah di seluruh dunia.

Nota: Artikel ini ditulis oleh Ariff Ansaruddin. Jika anda ada artikel yang mahu dikongsikan dengan kami, jangan segan-segan untuk menghubungi kami di media sosial Inikan Bola.

Baca Juga: Piala AFC terakhir buat JDT

Siapa yang untug dengan adanya UEFA Nations League ni ? Baca di sini

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *