UKM FC: Duri Dalam Daging ?
- Liga Perdana
- Jan 9, 2018
- No comment
Pasukan UKM FC akan beraksi di saingan Liga Perdana musim hadapan setelah berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FAM edisi 2017. Walaupun mereka tewas kepada Sime Darby dalam perlawanan akhir, pasukan yang ditubuhkan pada 2013 ini nyata mengejutkan peminat bola sepak negara dengan prestasi cemerlang mereka dalam saingan Liga FAM musim lalu.
Pasukan yang dibimbing oleh Sulaiman Husin ini membuat persediaan rapi bagi mengharungi musim pertama mereka dalam Liga Perdana. Sulaiman Husin memberi penekanan bahawa mereka akan berhati-hati dalam pemilihan pemain import kali ini. Pemain yang akan diambil haruslah graduan daripada universiti. Langkah ini menurut kami sangat bijak kerana mereka bukan saja menekankan prestasi di atas padang tetapi di luar padang juga.
UKM FC setakat ini telah menandatangani tiga pemain import iaitu bekas pemain Perseru Serui, Ryutaro Karube, Shafiq Ghani yang musim lalu mewakili Geylang International dan Nam Se-In yang musim lalu mewakili Mirandela.
UKM FC menjadi pasukan daripada institut pengajian tinggi yang beraksi di Liga Perdana selepas UiTM FC musim hadapan. Kami juga berharap UKM FC dapat mengekalkan momentum mereka dan menjadi duri dalam daging kepada pasukan dalam Liga Perdana. Pada pedapat anda, adakah UKM FC mampu untuk memberi cabaran dalam saingan Liga Perdana musim hadapan ?