“Unsung Hero” Pasukan Terengganu FC

Kecemerlangan pasukan Terengganu FC ketika ini memang tidak dijangka oleh peminat bola sepak Malaysia. Pasukan yang hanya menduduki tempat kedua saingan Liga Perdana musim 2017 lalu kini menduduki tangga kedua dan belum lagi tewas dalam saingan Liga Super setakat ini. Nyata taktikal Irfan Bakti dan juga pengambilan beberapa pemain tempatan dan import menjadi. Pemain yang dianggap hero dalam pasukan Terengganu FC ketika ini adalah ketua pasukan mereka iaitu Kipre Tchetche dan pemain tengah, Lee Tuck. Tetapi, dimana ada hero, di situ mesti ada “unsung hero” yang kurang diberi perhatian. Di sini, kami mahu membahas tentang “unsung hero” pasukan Terengganu iaitu Abdul Malik Mat Ariff.

Malik mewakili pasukan Kuantan FA dan menjaringkan 15 gol dalam saingan Liga Perdana musim lalu. Apabila Terengganu FC berjaya layak ke Ssaingan Liga Super, Malik menarik minat Irfan Bakti untuk memperkuatkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga. Dan Malik tidak menunggu masa yang lama untuk membuat keputsan. Persembahan beliau setakat ini boleh dikatakan baik. Larian pantas serta gelecekkan bola Malik nyata memberi ancaman kepada pertahanan pihak lawan. Paling ketara adalah ketika perlawanan menentang Selangor di mana mereka menang 4-1. Malik mengkucar-kacirkan pertahanan Selangor dengan larian dan gelecekkan pantas beliau. Walaupun belum menjaringkan sebarang gol, sumbangan beliau kepada Terengganu tidak boleh dipandang rendah.

Seorang lagi pemain yang boleh dianggap sebagai wira tidak didendang pasukan Terengganu FC ialah pemain tengah import iaitu Thierry Chanta Bin. Ketika Lee Tuck membantu jentera serangan untuk mencari gol, Chanta Bin menjadi “destroyer” dengan mematahkan segala gerakan serangan yang dilakukan pihak lawan sekaligus melindungi barisan pertahanan. Gandingan beliau bersama Lee Tuck memang satu gandingan yang terbaik dalam Liga Malaysia ketika ini.

Sumber Gambar: Terengganu FC

Haa itulah dia dua pemain “unsung hero” pasukan Terengganu FC pilihan kami. Pemain ini membuat sumbangan besar terhadap pasukan walaupun tidak diberikan perhatian seperti Lee Tuck dan juga Kipre Tchetche. Apa pendapat anda ? Adakah anda setuju dengan pilihan kami ? Atau anda berpendapat ada pemain lain yang lebih layak digelar sebagai “unsung hero” Terengganu FC ?

Baca Juga: Terengganu FC Teruskan Prestasi Cemerlang

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *