Wajarkah Pemain Naturalisasi Dan Kacukan Dipanggil ?

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe baru-baru ini memanggil seramai 24 pemain untuk menyertai kem latihan pusat bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang Chinese Taipei dan Kemboja. Dalam senarai tersebut, tiada satu pun pemain kacukan mahupun naturalisasi. Di sini, wajarkah mereka dipanggil ?

Sebelum ini, sejak diangkat menjadi ketua jurulatih bagi menggantikan Nelo Vngada, Tan Cheng Hoe memanggil dua pemain kacukan iaitu Natxo Insa dan La’Vere Corbing-Ong bagi menghadapi perlawanan persahabatan dan kelayakkan Piala AFC 2019.

Namun, Corbing-Ong terpaksa digugurkan kerana kecederaan manakala Insa pula hanya beraksi satu perlawanan dimana Malaysia seri ketika menentang Mongolia.

Bahagian tengah pasukan negara dilihat beraksi dengan lebih baik dengan adanya Insa. Para peminat mengharapkan pemain kelahiran Sepanyol ini terus beraksi namun hajat tersebut tidak kesampaian.

Bagi pemain naturalisasi pula, nama Mohamadou Sumareh menjadi pilihan peminat kerana pemain ini baru sahaja diberikan kerakyatan Malaysia. Selain mempunyai pengalaman luas beraksi di saingan Liga Malaysia, kelincahan Sumareh dianggap boleh menyumbang sesuatu kepada pasukan negara.

Kali ini, Tan Cheng Hoe memanggil sepenuhnya anak tempatan untuk menghadapi Kemboja dan juga Chinese Taipei. Barisan pemain yang dipanggil sememangnya berada dalam prestasi terbaik ketika ini dan dikatakan sesuai kerana sudah tiba masa Malaysia diwakili oleh muka baharu.

Kami berpendapat Tan Cheng Hoe perlu memberikan peluang kepada pemain sedia ada terutamanya pemain daripada skuad bawah 23 tahun pada dua perlawanan akan datang bagi mereka membuktikan kemampuan dan juga kebolehan mereka. Penting untuk pemain muda negara mendapatkan pendedahan di pentas yang lebih besar.

Jika pada dua perlawanan ini pemain tidak dapat menampilkan persembahan terbaik mereka, barulah Cheng Hoe boleh berkira-kira untuk memanggil sama ada pemain kacukan mahupun naturalisasi.

Apa pendapat anda mengenai 24 pemain yang dipanggil Tan Cheng Hoe bagi menyertai kem latihan pusat pasukan senior negara ? Wajarkah Cheng Hoe memanggil pemain kacukan dan naturalisasi untuk memperkuatkan pasukan ?

Baca Juga: 4 Pemain Yang Boleh Dipertimbangkan Tan Cheng Hoe

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *