Yusoff Mahadi Pilihan Yang Tepat ?
- Harimau Malaya
- Mar 26, 2018
- No comment
Setelah melepaskan jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan bahawa Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi untuk memegang jawatan presiden buat sementara waktu sehingga Kongres FAM diadakan pada Julai nanti. Adakah pemiliham Datuk Wira Yusoff Mahadi ini adalah pemilihan yang tepat ?
Sebelum ini, terdapat dua nama pilihan yang berkemungkinan bakal memegang tampuk pemerinahan buat sementara waktu. Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, Datuk Seri Subahan Kamal dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi. Pemilihan Datuk Wira sebagai pemangku kali ini dilihat sebagai jalan penyelesaian jangka masa pendek.
Pada Kongres FAM yang akan diadakan pada Julai nanti, kami berpendapat akan ada dua nama yang berminat untuk bertanding bagi merebut jawatan presiden FAM. Selain Datuk Seri Subahan, kami melihat Setiausaha Agung FAM ketika ini, Dato’ Hamidin Mohd Amin juga akan bertanding bagi jawatan presiden FAM. TMJ sendiri mencadangkan supaya tampuk pemerintahan diambil alih oleh Datuk Hamidin.
Tetapi buat masa ini, segala keputusan dan juga tindakan susulan akan diambil oleh Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi. Beliau menyatakan bahawa barisan Exco masih lagi tidak merestui peletakkan jastyle=”color:blue;”
watan TMJ. Jadi, beliau akan berbincang dengan Datuk Hamidin Mohd Amin bagi mencari jawapan adakah barisan Exco akan memberi restu kepada TMJ untuk meletak jawatan ataupun mereka menolak peletakkan jawatan baginda.
Nampaknya, peminat bola sepak negara harus menunggu hasil daripada perbincangan antara Exco FAM mengenai peletakkan jawatan TMJ sebagai presiden. Kami percaya hal ini dilakukan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menjamin masa depan bola sepak Malaysia. Kita tunggu saja pengakhiran daripada cerita ini.
Apa pendapat anda mengenai pemilihan Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi sebagai pemangku presiden Persatuan Bola Sepak Malasyia (FAM) buat sementara waktu ? Adakah pemilihan beliau adalah satu pemilihan yang tepat berbanding calon lain ? Mari kongsikan pandangan anda.
Baca Juga: Tanggungjawab Besar Menanti Pengganti TMJ!