Zafuan Azeman Kembali Sertai Perlis ?

Pemain yang baru-baru ini menjalani ujian bersama kelab Serie B, Venezia FC iaitu Zafuan Azeman dikhabarkan kembali menyertai pasukan lama beliau iaitu Perlis.

Zafuan dilihat beraksi bersama pasukan yang diberi nafas baru itu dalam satu perlawanan persahabatan dan beliau memuat naik gambar beliau ketika perlawanan tersebut di laman media sosial Instagram miliknya.

Penyerang skuad bawah 19 tahun negara ini sebelumnya mencipta kejutan apabila beliau menyertai sesi ujian bersam Venezia yang dikendalikan oleh bekas penjaga gol Inter Milan dan pasukan kebangsaan Itali, Walter Zenga.

Akan tetapi, setelah menjalani tempoh ujian selama dua minggu, tiada maklum balas yang diberikan oleh Venezia sama ada mereka mahu memberikan kontrak profesional kepada Zafuan ataupun tidak dan beliau kemudiannya kembali ke tanah air.

Bersama pasukan Perlis, nama Zafuan sudah tidak asing lagi kerana beliau mencipta nama bersama pasukan yang kini dikenali dengan nama Perlis Northern Lions itu. Beliau beraksi bersama pasukan Perlis dalam saingan Liga Perdana musim 2017 lalu.

Setelah beraksi bersama Perlis, pasukan Kedah kemudiannya berminat untuk mengambil khidmat beliau dan pada awal musim ini, Zafuan menyertai juara Piala FA 2017 itu. Namun Zafuan banyak memanaskan bangku simpanan kerana Kedah lebih memilih dua penyerang import iaitu Pablo Pallares dan Paulo Rangel untuk mengisi posisi penyerang utama.

Jika benar Zafuan Azeman menyertai pasukan Perlis Northern Lions bagi saingan Liga Perdana musim hadapan, maka beliau akan bersaing dengan dua bekas penyerang pasukan kebangsaan iaitu Safee Sali dan Khyril Muhymeen Zambri bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Selain itu, Zafuan juga boleh belajar daripada Safee Sali dan juga Khayril tentang bagaimana untuk menjadi penyerang yang berkualiti memandangkan kedua-dua pemain itu pernah beraksi di peringkat tertinggi dan meraih pelbagai kejuaraan.

Selain rakan sepasukan dalam skuad bawah 19 tahun negara, Hadi Fayyadh dan pemain Johor Darul Ta’zim, Syafiq Ahmad, Zafuan dicanang sebagai pemain yang akan menjadi antara penyerang utama pasukan kebangsaan pada masa akan datang.

Baca Juga: Perlis Setuju Dengan Syarat Kewangan MFL

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *